Seksyen 15
Kuasa untuk melabur
of Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997
Wang dalam Kumpulan Wang, setakat yang tidak dikehendaki segera untuk dibelanjakan oleh Perbadanan di bawah
Akta ini, hendaklah dilaburkan keseluruhannya dalam pelaburan di
Malaysia mengikut subseksyen (2).
(2)
Wang dalam Kumpulan Wang dalam subseksyen (1) boleh dilaburkan dalam―
(a)
sekuriti Kerajaan;
(b)
pelaburan yang dibenarkan oleh atau di bawah Akta
Pemegang Amanah 1949 [Akta 208]; dan
(c)
sekuriti atau pelaburan lain yang diluluskan oleh
Menteri Kewangan.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, “sekuriti” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada “sekuriti” di bawah seksyen 2
Akta Perindustrian Sekuriti 1983 [Akta 280].
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 566
Kuasa tambahan Perbadanan