Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Act 1997 · Updated to 1 Apr 2013 · Bahagian IV · Fungsi dan Kuasa Perbadanan
13. Kuasa untuk menubuhkan skim insurans dan skim amanah saham
Feedback & support(1)
Perbadanan, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan
Menteri Kewangan, boleh menubuhkan skim insurans dan skim amanah saham, sama ada secara sendirian atau bergabung dengan badan, institusi atau organisasi lain, bagi maksud menggalakkan pembuatan deposit di bawah seksyen 11.
(2)
Penubuhan skim insurans atau skim amanah saham dalam subseksyen (1) adalah tertakluk kepada kehendak dan tatacara undang-undang bertulis yang relevan.