Skip to content

Seksyen 12

Peraturan mengenai deposit

of Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997

ActIn forceProvision 13 of 64
Seksyen 12

Perbadanan, dengan kelulusan Menteri Kewangan berhubungan dengan deposit di bawah seksyen 11, boleh membuat peraturan-peraturan mengenai―

(a)

cara dan terma dan syarat yang di bawahnya deposit ke dalam Kumpulan Wang hendaklah dibuat;

(b)

peruntukan supaya akaun yang berasingan disimpan bagi setiap pendeposit;

(c)

cara dan terma dan syarat di bawahnya pengeluaran hendaklah dibuat daripada apa-apa amaun yang ada pada kredit akaun pendeposit;

(d)

keterangan yang hendaklah dikemukakan apabila dibuat apa-apa permohonan bagi pengeluaran; dan

(e)

apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan pembuatan, dan pengeluaran, deposit.