Skip to content

Seksyen 18

Pewakilan fungsi

of Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997

ActIn forceProvision 20 of 64
Seksyen 18
(1)

Lembaga boleh mewakilkan mana-mana daripada fungsi dan kuasa Perbadanan kepada jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 17 yang difikirkan perlu atau wajar kecuali kuasa untuk membuat peraturan.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 23

(2)

Mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini―

(a)

boleh diwakilkan sedemikian tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan yang boleh dikenakan oleh

Lembaga sama ada secara am atau secara nyata; dan

(b)

hendaklah dijalankan atau dilaksanakan oleh jawatankuasa atas nama dan bagi pihak Lembaga.

(3)

Pewakilan yang dibuat di bawah seksyen ini tidaklah menghalang

Lembaga sendiri daripada menjalankan atau melaksanakan pada bila-bila masa mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan sedemikian.