Skip to content

Seksyen 17

Jawatankuasa

of Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997

ActIn forceProvision 19 of 64
Seksyen 17
(1)

Bagi maksud melaksanakan fungsi Perbadanan, Lembaga boleh menubuhkan jawatankuasa yang difikirkan perlu, dan dengan bidang tugas yang ditentukannya; dan setiap jawatankuasa hendaklah dipengerusikan oleh seorang anggota Lembaga.

(2)

Anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh dilantik daripada kalangan anggota Lembaga atau mana-mana orang lain yang difikirkan patut oleh Lembaga.

(3)

Orang-orang yang tidak layak menjadi anggota Lembaga di bawah Jadual adalah juga tidak layak menjadi anggota jawatankuasa.

(4)

Anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.

(5)

Anggota jawatankuasa boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis kepada Pengerusi

Lembaga.

(6)

Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 566

(7)

Tertakluk kepada Akta ini dan arahan yang diberikan oleh

Lembaga, sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

(8)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

(9)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkannya, tetapi orang itu tidak berhak mengundi dalam mesyuarat itu.

(10)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan―

(a)

minit kesemua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan

(b)

salinan minit kesemua mesyuaratnya dikemukakan kepada Lembaga dengan seberapa segera yang praktik.

(11)

Anggota jawatankuasa dan mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (9) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang ditentukan oleh Lembaga, selepas berunding dengan Menteri.