Skip to content

Seksyen 29

Kuasa penyiasatan

of Akta Perdagangan Strategik 2010

ActIn forceProvision 31 of 61
Seksyen 29
(1)

Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan pemeriksaan dan untuk menyiasat pelakuan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), bagi maksud penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang boleh dijalankan oleh pegawai diberi kuasa itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan Kanun Tatacara

Jenayah [Akta 593].