Seksyen 32
Capaian kepada data berkomputer
of Akta Perdagangan Strategik 2010
ActIn forceProvision 34 of 61
Seksyen 32
(1)
Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah Akta ini hendaklah diberi capaian kepada data berkomputer sama ada yang disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.
(2)
Dalam seksyen ini, “capaian” termasuklah diberikan dengan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki bagi membolehkan pemahaman data berkomputer itu.