Seksyen 43
Pelucuthakan barang strategik dan barang tidak tersenarai apabila tiada pendakwaan
of Akta Perdagangan Strategik 2010
Jika tiada pendakwaan atau sabitan berkenaan dengan apa-apa barang strategik atau barang tidak tersenarai berserta apa-apa bekas, bungkusan, pengangkutan atau benda lain yang di dalamnya barang strategik atau barang tidak tersenarai itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer yang disita pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah
Akta ini, barang itu hendaklah dipegang bagi tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan dan di akhir tempoh itu hendaklah disifatkan telah dilucuthakkan, melainkan jika suatu tuntutan secara bertulis baginya diterima dalam tempoh itu.
(2)
Seseorang yang menegaskan bahawa dialah pemunya mana-mana barang strategik, barang tidak tersenarai, bekas, bungkusan, pengangkutan, benda, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer yang disita di bawah Akta ini dan bahawa barang strategik, barang tidak tersenarai, bekas, bungkusan, pengangkutan, benda, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer itu tidak boleh dilucuthakkan boleh dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis olehnya, memberikan notis bertulis kepada pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu mengenai tuntutannya.
(3)
Apabila suatu notis di bawah subsekyen (2) diterima, pegawai diberi kuasa hendaklah merujukkan perkara itu kepada Mahkamah
Sesyen untuk diputuskan.
Perdagangan Strategik 53
(4)
Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dialah pemunya barang strategik, barang tidak tersenarai, bekas, bungkusan, pengangkutan, benda, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer itu dan orang yang daripadanya ia disita untuk hadir di hadapan mahkamah dan apabila mereka hadir atau tidak hadir, setelah penyampaian wajar saman dibuktikan, mahkamah hendaklah terus memeriksa perkara itu, dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang strategik, barang tidak tersenarai, bekas, bungkusan, pengangkutan, benda, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer itu merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya barang strategik, barang tidak tersenarai, bekas, bungkusan, pengangkutan, benda, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer itu dilucuthakkan atau boleh, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasan barang strategik, barang tidak tersenarai, bekas, bungkusan, pengangkutan, benda, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer itu kepada orang yang berhak kepadanya.