Seksyen 46
Halangan pegawai diberi kuasa
of Akta Perdagangan Strategik 2010
ActIn forceProvision 48 of 61
Seksyen 46
(1)
Tiada seorang pun boleh menghalang, menggalang atau menggangu pegawai diberi kuasa dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.
(2)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan denda tidak melebihi lima juta ringgit atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau dengan kedua-duanya.