Skip to content

Seksyen 38

Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui mengenai kes

of Akta Perdagangan Strategik 2010

ActIn forceProvision 40 of 61
Seksyen 38
(1)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh melalui perintah secara bertulis menghendaki supaya hadir di hadapannya seseorang yang pada hemat pegawai diberi kuasa itu mengetahui tentang hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian.

(2)

Jika orang itu tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki, pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan ketidakhadiran itu kepada seorang Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu.