Seksyen 37
Pemintasan komunikasi
of Akta Perdagangan Strategik 2010
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Pendakwa Raya boleh, jika dia berpendapat bahawa apa-apa maklumat yang berkaitan dengan maksud mana-mana penyiasatan mengenai suatu kesalahan di bawah
Akta ini yang berhubungan dengan barang strategik, barang tidak tersenarai atau aktiviti terhad berkemungkinan terkandung di dalamnya, atas permohonan seorang pegawai diberi kuasa, memberikan kuasa mana-mana pegawai diberi kuasa—
(a)
untuk memintas, menahan dan membuka apa-apa barang pos yang dalam penghantaran melalui pos; atau
(b)
untuk memintas, mendengar dan merekodkan apa-apa komunikasi yang dihantar atau diterima melalui mana-mana komunikasi.
(2)
Apabila mana-mana orang didakwa atas suatu kesalahan di bawah Akta ini yang berhubungan dengan barang strategik, barang tidak tersenarai atau aktiviti terhad, apa-apa maklumat yang diperoleh oleh seorang pegawai diberi kuasa menurut subseksyen (1), sama ada sebelum atau selepas orang itu didakwa, boleh diterima sebagai keterangan semasa perbicaraannya.
(3)
Pemberikuasaan oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen (1)
boleh diberikan sama ada secara lisan atau bertulis; tetapi jika suatu pemberikuasaan lisan diberikan, Pendakwa Raya hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, mengubah pemberikuasaan itu ke dalam bentuk bertulis.
Perdagangan Strategik 49
(4)
Suatu perakuan oleh Pendakwa Raya yang menyatakan bahawa tindakan yang diambil oleh seorang pegawai diberi kuasa menurut subseksyen (1) telah diberi kuasa oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen itu hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa tindakan itu telah diberi kuasa sedemikian dan perakuan itu boleh diterima sebagai keterangan tanpa bukti tandatangan Pendakwa Raya.
(5)
Tiada seorang pun boleh tertakluk pada apa-apa kewajipan, obligasi atau liabiliti, atau dengan apa-apa cara dipaksa untuk mendedahkan dalam mana-mana prosiding tatacara, kaedah, aturan atau cara, atau apa-apa perkara yang berkaitan dengannya, mengenai apa-apa jua yang dilakukan di bawah subseksyen (1).
(6)
Bagi maksud seksyen ini, “barang pos” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam *Akta Perkhidmatan Pos 1991 [Akta 465].