Skip to content

Seksyen 39

Pemeriksaan orang yang mengetahui mengenai kes

of Akta Perdagangan Strategik 2010

ActIn forceProvision 41 of 61
Seksyen 39
(1)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan seseorang yang dijangka mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu.

*CATATAN—Akta Perkhidmatan Pos 1991 [Akta 465] telah dimansuhkan oleh Akta Perkhidmatan Pos 2012 [Akta 741] yang mula berkuat kuasa pada 1 April 2013-lihat subseksyen 110(1) Akta 741.

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

(2)

Orang itu hendaklah semasa pemeriksaan itu, menzahirkan segala maklumat yang dalam pengetahuannya, atau yang ada padanya, berkenaan dengan perkara berhubung dengan dia diperiksa, dan menjawab apa-apa soalan yang diajukan kepadanya dengan sebenar dan setakat pengetahuan dan kepercayaannya yang terbaik, dan tidak boleh enggan menjawab apa-apa soalan atas alasan bahawa ia berkecenderungan membabitkannya.

(3)

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau ditandakan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang pernyataan itu dibuat olehnya dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang diingininya.