Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IX · Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

135. Standard mengenai pelakuan perniagaan

(1)

Bank boleh menentukan standard mengenai pelakuan perniagaan kepada penyedia perkhidmatan kewangan bagi maksud memastikan bahawa penyedia perkhidmatan kewangan adalah adil, bertanggungjawab dan profesional apabila berurusan dengan pengguna kewangan.

148 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

(2)

Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), standard yang ditentukan di bawah subseksyen itu boleh termasuk standard yang berhubungan dengan—

(a)

kehendak ketelusan dan pendedahan termasuk pemberian maklumat yang tepat, jelas, tepat pada masanya dan tidak mengelirukan kepada pengguna kewangan;

(b)

terma yang adil dalam suatu kontrak pengguna kewangan bagi perkhidmatan atau produk kewangan;

(c)

promosi perkhidmatan atau produk kewangan;

(d)

pemberian syor atau nasihat termasuk penilaian kesesuaian dan kemampuan perkhidmatan atau produk kewangan yang ditawarkan kepada pengguna kewangan; dan

(e)

aduan dan mekanisme penyelesaian pertikaian.

(3)

Bank boleh menentukan apa-apa golongan, kategori atau perihalan orang bagi maksud takrifan “pengguna kewangan” di bawah seksyen 133.

(4)

Jika Bank menentukan suatu standard mengenai pelakuan perniagaan di bawah subseksyen (1) yang berhubung secara khusus kepada produk pasaran modal atau perkhidmatan pasaran modal sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Pasaran

Modal dan Perkhidmatan 2007, standard sedemikian hendaklah ditentukan secara bersesama dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Report

Bahagian 3

Bahagian X

Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam

Bahagian XI

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules