Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IX · Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

138. Skim ombudsman kewangan

(1)

Bagi maksud memastikan pengendalian aduan yang berkesan dan adil dan bagi penyelesaian pertikaian berkaitan dengan perkhidmatan atau produk kewangan, peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah seksyen 271 untuk menghendaki mana-mana kelas, kategori atau perihalan penyedia perkhidmatan kewangan—

(a)

menjadi suatu anggota skim ombudsman kewangan yang diluluskan di bawah subseksyen (2); dan

(b)

pada setiap masa, mematuhi terma keanggotaan skim itu.

Perkhidmatan Kewangan Islam 151

(2)

Bank boleh meluluskan mana-mana skim ombudsman kewangan bagi maksud perenggan (1)(a).

(3)

Peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah seksyen 271 bagi maksud memastikan skim ombudsman kewangan adalah adil, mudah diakses dan berkesan, termasuk peraturan-peraturan mengenai yang berikut:

(a)

perkara yang Bank boleh mengambil kira dalam memutuskan sama ada untuk meluluskan skim ombudsman kewangan di bawah subseksyen (2);

(b)

fungsi dan kewajipan, atau kehendak lain untuk dipatuhi oleh mana-mana orang yang mengendalikan skim ombudsman kewangan;

(c)

terma skim ombudsman kewangan yang menyatakan ruang lingkup termasuk jenis pertikaian yang boleh dirujuk kepadanya dan pengadunya yang layak, kehendak keanggotaan, permohonan, pengendalian, tatacara, fi yang boleh dicajkan dan jenis award yang boleh diberikan di bawah skim ombudsman kewangan;

(d)

pelantikan pengarah bagi mana-mana orang yang mengendalikan skim ombudsman kewangan;

(e)

dokumen atau maklumat yang hendaklah dikemukakan oleh mana-mana orang yang mengendalikan skim ombudsman kewangan kepada Bank; dan

(f)

penarikan atau penggantungan suatu kelulusan di bawah subseksyen (2).

(4)

Penyedia perkhidmatan kewangan, yang ialah suatu anggota skim ombudsman kewangan yang diluluskan di bawah subseksyen (2), hendaklah—

(a)

memberikan dokumen atau maklumat sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud menyelesaikan pertikaian yang dirujuk kepada skim ombudsman kewangan itu; dan 152 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

(b)

mematuhi apa-apa award yang diberikan di bawah skim ombudsman kewangan itu, termasuk suatu arahan yang menghendaki penyedia perkhidmatan kewangan itu untuk mengambil apa-apa langkah berhubung dengan suatu pertikaian.

(5)

Jika suatu pertikaian telah dirujuk kepada skim ombudsman kewangan oleh pengadu yang layak, pengadu yang layak itu tidak berhak untuk membuat suatu tuntutan atas pertikaian itu dengan

Tribunal

Tuntutan

Pengguna yang ditubuhkan di bawah

Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599].

Perkara takaful

Report

Bahagian 3

Bahagian X

Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam

Bahagian XI

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules