Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IX · Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

137. Section 137

(1)

Jika—

(a)

broker takaful yang diluluskan atau penasihat kewangan

Islam yang diluluskan menerima apa-apa wang—

(i)

daripada atau bagi pihak orang yang dilindungi atau bakal orang yang dilindungi bagi atau bagi pihak pengendali takaful berlesen berkaitan dengan suatu kontrak takaful atau suatu kontrak takaful yang dicadangkan; atau

(ii)

daripada atau bagi pihak pengendali takaful berlesen bagi atau bagi pihak seorang orang yang dilindungi; atau 150 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

(b)

pengeluar instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan yang diluluskan sebagaimana yang diputuskan oleh Bank, menerima apa-apa wang daripada atau bagi pihak penggunanya sebagai pertukaran bagi instrumen pembayaran yang dikeluarkan, orang yang diluluskan itu hendaklah, bagi maksud seksyen ini, mengadakan dan menyenggara satu atau lebih akaun untuk pelanggannya dalam bank Islam berlesen yang berasingan daripada akaunnya sendiri.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1)—

(a)

suatu lien atau tuntutan, atas, atau suatu hak untuk menolak, wang dalam mana-mana akaun yang diadakan untuk pelanggan di bawah subseksyen (1) hendaklah terbatal melainkan jika wang itu adalah untuk fi yang kena dibayar dan terhutang kepada orang yang diluluskan itu; dan

(b)

suatu gadaian, gadai janji atau suatu penahanan atas wang dalam mana-mana akaun yang diadakan untuk pelanggan di bawah subseksyen (1) hendaklah terbatal.

(3)

Wang dalam akaun yang diadakan untuk pelanggan di bawah subseksyen (1) adalah dikira untuk dipegang sebagai amanah oleh orang yang diluluskan bagi manfaat pelanggan itu.

Report

Bahagian 3

Bahagian X

Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam

Bahagian XI

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules