Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XIII · Arahan Pematuhan

167. Hal keadaan bagi melaksanakan kuasa untuk mengeluarkan arahan

Bank boleh mengeluarkan satu atau lebih arahan yang ditentukan dalam seksyen 168 sekiranya pada pendapat Bank bahawa institusi, pengarahnya, ketua pegawai eksekutifnya atau pegawai kanannya—

(a)

sedang menjalankan atau akan menjalankan apa-apa bahagian perniagaannya, hal ehwalnya atau aktivitinya dengan cara yang bertentangan dengan Shariah;

(b)

sedang melakukan atau akan melakukan suatu perbuatan, atau sedang menuruti atau akan menuruti apa-apa pelakuan, yang tidak selamat atau tidak wajar atau gagal untuk melakukan suatu perbuatan atau menuruti suatu pelakuan yang perlu untuk mengekalkan keselamatan dan kekukuhan institusi itu;

(c)

sedang menjalankan perniagaan dengan cara yang memudaratkan kepentingan pendeposit, pemegang akaun pelaburan, peserta takaful, peserta, pengguna, pemiutang atau orang awam secara am;

176 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

(d)

telah gagal untuk menguruskan perniagaannya atau hal ehwalnya dengan cara yang selaras dengan pengurusan risiko yang wajar dan amalan tadbir urus yang baik;

(e)

telah gagal untuk mematuhi apa-apa standard, notis, syarat, penentuan, kehendak, sekatan, arahan atau kod yang ditentukan, dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta ini atau suatu arahan di bawah subseksyen 225(6) atau seksyen 227

tidak kira bahawa tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan ketidakpatuhan itu;

(f)

telah memungkiri atau melanggar mana-mana peruntukan

Akta ini, Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau mana-mana undang-undang bertulis, selain undang-undang sekuriti sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta

Suruhanjaya Sekuriti 1993, tidak kira bahawa tiada pendakwaan atau tindakan lain berkenaan dengan kemungkiran atau pelanggaran itu; atau

(g)

telah gagal untuk memastikan keselamatan, kecekapan dan kebolehpercayaan sistem pembayaran atau instrumen pembayaran Islam itu, mengambil kira, antara lain, kemunasabahan kriteria kemasukan untuk menyertai sistem pembayaran dan kos keseluruhan kepada peserta atau pengguna, atau mana-mana orang lain yang terlibat dengan, sistem pembayaran atau instrumen pembayaran Islam itu.

Report

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules