Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian XIII · Arahan Pematuhan

168. Kuasa untuk mengeluarkan arahan kepada institusi

(1)

Tertakluk pada seksyen 273, Bank boleh mengeluarkan suatu arahan secara bertulis kepada institusi itu, pengarahnya, ketua pegawai eksekutifnya atau pegawai kanannya, untuk berhenti atau menahan daripada melakukan suatu perbuatan atau menuruti suatu pelakuan atau membuat apa-apa perbuatan, berhubungan dengan perniagaannya, hal ehwalnya atau hartanya sekiranya pada pendapat

Bank bahawa adalah perlu untuk memperbetulkan apa-apa hal keadaan dalam seksyen 167.

(2)

Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), arahan di bawah subseksyen (1) boleh termasuk—

Perkhidmatan Kewangan Islam 177

(a)

berkenaan dengan mana-mana institusi, mana-mana satu atau lebih arahan yang berikut:

(i)

untuk mengubah atau menamatkan apa-apa perjanjian atau perkiraan selain apa-apa perjanjian kewangan yang layak yang dibuat oleh institusi itu dengan mana-mana orang berhubungan dengan perniagaannya, hal ehwalnya atau hartanya;

(ii)

untuk melupuskan semua atau mana-mana pelaburan atau aset yang dipegang oleh institusi itu dalam mana-mana pertubuhan perbadanan;

(iii)

untuk melarang institusi itu daripada menjalankan mana-mana bahagian perniagaannya termasuk, mengenakan apa-apa had atas atau melarang pemberian kemudahan pembiayaan, membuat pelaburan, atau dalam hal bank Islam berlesen, penyetujuterimaan deposit Islam, penyetujuterimaan wang di bawah akaun pelaburan, atau dalam hal pengendali takaful berlesen, membuat kontrak takaful;

(iv)

untuk melarang institusi itu daripada membuat apa-apa transaksi atau kelas transaksi lain, atau untuk membuatnya tertakluk pada apa-apa sekatan atau syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank; atau

(v)

untuk tidak mengiktiraf apa-apa pendapatan yang diperoleh daripada apa-apa perniagaan atau aktiviti yang bertentangan dengan Shariah;

(b)

berkenaan dengan institusi yang ialah orang berlesen, untuk menaikkan modalnya kepada apa-apa amaun sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;

(c)

berkenaan dengan institusi yang ialah pengendali sistem pembayaran yang diluluskan, pengeluar instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, mana-mana satu atau lebih arahan yang berikut:

178 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

(i)

untuk membuat apa-apa ubah suaian kepada sistem pembayaran atau instrumen pembayaran Islam itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, termasuk apa-apa perkiraan pengendalian;

(ii)

berhenti mengeluarkan instrumen pembayaran Islam yang ditetapkan itu; atau

(iii)

berhenti mengendalikan sistem pembayaran yang ditetapkan itu atau sistem pembayaran yang dinyatakan dalam Bahagian 1 Jadual 1; dan

(d)

berkenaan dengan suatu institusi yang ialah pengendali takaful berlesen, untuk memindahkan daripada kumpulan wang pemegang syernya kepada mana-mana kumpulan wang takaful yang diuruskan olehnya, apa-apa amaun dan dalam apa-apa bentuk atau cara seperti yang ditentukan oleh

Bank.

Report

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules