Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIII · Arahan Pematuhan
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIII · Arahan Pematuhan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suatu arahan yang dikeluarkan menurut perenggan 168(2)(b)
boleh mengarahkan orang berlesen untuk menerbitkan syer atau instrumen modal lain dalam suatu jenis yang ditentukan dalam arahan itu.
Jika orang berlesen itu telah menerbitkan syer atau instrumen modal lain dengan mematuhi suatu arahan menurut subseksyen (1), orang berlesen itu hendaklah memberikan suatu notis secara bertulis kepada anggota orang berlesen itu bagi melanggan syer atau instrumen modal lain itu dalam tempoh yang ditentukan dalam notis itu.
Jika seorang anggota orang berlesen itu tidak melanggan syer atau instrumen modal lain dalam tempoh yang ditentukan dalam notis yang diberikan oleh orang berlesen itu menurut subseksyen (2), Bank boleh mengeluarkan suatu arahan lanjut menurut subseksyen 168(1)
kepada orang berlesen itu menghendaki orang berlesen itu untuk menguntukkan syer atau instrumen modal lain itu kepada orang yang diputuskan oleh Bank.
Bahagian XIV
Bahagian XV
Bahagian XVI
Bahagian XVII
Bahagian XVIII