Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VI · Kehendak Berhemat

81. Obligasi pelaporan juruaudit

Juruaudit hendaklah melaporkan perkara sedemikian kepada Bank dengan serta merta secara bertulis sekiranya, semasa menjalankan kewajipannya sebagai juruaudit institusi di bawah Akta ini, dia berpuas hati bahawa—

(a)

terdapat suatu kemungkiran atau pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini atau suatu ketidakpatuhan mana-mana standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah

Akta ini yang boleh memberi kesan material kepada kedudukan kewangan institusi itu;

(b)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran di bawah mana-mana undang-undang bertulis telah dilakukan oleh institusi itu atau oleh mana-mana pengarah atau pegawai institusi itu;

Perkhidmatan Kewangan Islam 109

(c)

apa-apa ketidakteraturan yang boleh memberi suatu kesan material kepada kedudukan kewangan institusi itu, termasuk apa-apa ketidakteraturan yang membahayakan atau boleh membahayakan kepentingan pendeposit, pemegang akaun pelaburan, peserta takaful, pemiutang institusi itu, peserta atau pengguna, atau apa-apa ketidakteraturan serius lain, telah berlaku;

(d)

dia tidak dapat mengesahkan bahawa tuntutan pendeposit, pemegang akaun pelaburan, peserta takaful, pemiutang institusi itu, peserta atau pengguna, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah dilindungi oleh aset institusi itu atau aset yang berpunca daripada akaun pelaburan atau kumpulan wang takaful yang diuruskan oleh institusi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(e)

terdapat apa-apa kelemahan dalam kawalan dalaman yang berkaitan dengan proses pelaporan kewangan yang dijalankan oleh institusi itu; atau

(f)

kedudukan kewangan institusi itu mungkin atau telah terjejas secara material oleh mana-mana keadaan, penjalanan aktiviti oleh institusi itu atau apa-apa kelemahan dalam kawalan dalaman institusi itu.

Report

Bahagian VII

Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan

Bahagian VIII

Kumpulan Kewangan

Bahagian IX

Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

Bahagian 3

Bahagian X

Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam

Bahagian XI

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules