Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VI · Kehendak Berhemat

76. Pelantikan juruaudit oleh institusi

(1)

Tiap-tiap institusi hendaklah melantik juruaudit pada setiap tahun kewangan yang memenuhi apa-apa kehendak atau mempunyai apa-apa kelayakan yang dinyatakan dalam mana-mana standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah subseksyen 57(1).

(2)

Kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Bank, tiada orang berlesen pun boleh melantik mana-mana orang sebagai juruauditnya dan tiada seorang pun boleh menerima apa-apa pelantikan sebagai juruaudit orang berlesen.

(3)

Orang yang diluluskan atau pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan hendaklah memberitahu Bank mengenai pelantikan juruauditnya dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang diputuskan oleh Bank.

(4)

Bagi maksud Penggal ini—

(a)

seseorang itu tidak boleh disifatkan sebagai seorang pegawai institusi hanya disebabkan dia telah dilantik sebagai juruaudit institusi itu; dan

(b)

terma “pelantikan” termasuklah pelantikan semula.

Report

Bahagian VII

Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan

Bahagian VIII

Kumpulan Kewangan

Bahagian IX

Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

Bahagian 3

Bahagian X

Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam

Bahagian XI

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules