Skip to content
In forceUpdated to 2 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian VI · Kehendak Berhemat

92. Kehendak yang berhubungan dengan kumpulan wang takaful

(1)

Kumpulan wang takaful yang ditubuhkan di bawah seksyen 90 hendaklah disenggarakan dan diuruskan oleh pengendali takaful berlesen bagi pihak dan bagi kepentingan terbaik peserta takaful dan pengendali takaful berlesen itu hendaklah—

(a)

membayar ke dalam kumpulan wang takaful semua penerimaan berkenaan dengan sijil takaful yang kumpulan wang takaful itu berhubungan dan yang dikeluarkan olehnya atau yang di bawahnya kumpulan wang takaful itu telah mengaku janji liabiliti, termasuk semua pendapatan kumpulan wang takaful itu;

(b)

menyenggara pada setiap masa aset dalam kumpulan wang takaful yang bernilai setara dengan atau lebih tinggi daripada liabiliti kumpulan wang takaful itu;

114 Undang-Undang Malaysia AKTA 759

(c)

menggunakan aset kumpulan wang takaful semata-mata untuk memenuhi liabiliti dan perbelanjaan yang sepatutnya dilakukan oleh kumpulan wang takaful itu; dan

(d)

mematuhi apa-apa kehendak lain sebagaimana yang ditentukan oleh Bank di bawah perenggan 57(2)(g)

termasuk kehendak mengenai jenis aset yang akan, atau tidak akan termasuk, sebagai aset bagi kumpulan wang takaful itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Bank boleh menentukan perkara yang menjadi

“penerimaan”,

“pendapatan”,

“liabiliti”

atau

“perbelanjaan” kumpulan wang takaful itu yang berpunca daripada perniagaan yang kumpulan wang takaful atau sijil takaful itu berhubung, dan cara untuk menentukan atau menilaikan penerimaan, pendapatan, aset, liabiliti atau perbelanjaan itu.

(3)

Melainkan jika Bank meluluskan selainnya, pengendali takaful berlesen hendaklah menyenggarakan kumpulan wang takaful yang ditubuhkan di bawah seksyen 90 selagi ia berada di bawah liabiliti berkenaan dengan mana-mana sijil takaful atau tuntutan takaful yang berhubungan dengan kumpulan wang takaful itu.

Kehendak yang berhubungan dengan kumpulan wang pemegang syer berkenaan dengan kumpulan wang takaful

Report

Bahagian VII

Pemunyaan, Kawalan dan Pemindahan Perniagaan

Bahagian VIII

Kumpulan Kewangan

Bahagian IX

Pelakuan Perniagaan dan Perlindungan Pengguna

Bahagian 3

Bahagian X

Pasaran Wang Islam dan Pasaran Pertukaran Asing Islam

Bahagian XI

Pengemukaan Dokumen atau Maklumat

Bahagian XII

Pemeriksaan

Bahagian XIII

Arahan Pematuhan

Bahagian XIV

Campur Tangan dan Tindakan Remedi

Bahagian XV

Kuasa Bank yang Lain

Bahagian XVI

Penguatkuasaan dan Penalti

Bahagian XVII

Peruntukan Am

Bahagian XVIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules