Seksyen 11
Hak dan obligasi pekongsi am
of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010
Seseorang pekongsi am dalam sesuatu perkongsian terhad
Labuan hendaklah mempunyai segala hak dan kuasa dan hendaklah tertakluk pada semua sekatan dan liabiliti seorang pekongsi dalam suatu perkongsian tanpa pekongsi terhad, kecuali, tanpa persetujuan bertulis atau pengesahan oleh semua pekongsi terhad, seseorang pekongsi am tidak mempunyai kuasa untuk—
(a)
melakukan suatu perbuatan yang menjadikan aktiviti perkongsian terhad Labuan itu mustahil dijalankan;
(b)
memiliki mana-mana harta perkongsian terhad Labuan, atau melupuskan apa-apa hak dalam mana-mana harta perkongsian terhad Labuan, bagi maksud selain maksud perkongsian; atau
(c)
menerima masuk seseorang sebagai pekongsi am atau pekongsi terhad, melainkan jika hak untuk berbuat demikian diberikan dalam perjanjian perkongsian.
(2)
Seseorang pekongsi am hendaklah, melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam perjanjian perkongsian atau di bawah Akta ini, menjalankan segala fungsi yang perlu dan berkaitan dengan penjalanan aktiviti perkongsian terhad Labuan itu, dan hendaklah menunaikan semua obligasi yang dikenakan ke atas pekongsi am itu atau perkongsian terhad Labuan itu.
Perkongsian Terhad dan Perkongsian
Liabiliti Terhad Labuan 23
(3)
Sesuatu harta perkongsian terhad Labuan yang dipindah hak milik kepada atau terletak hak pada atau dipegang bagi pihak mana-mana satu atau lebih pekongsi am atau yang dipindah hak milik kepada atau terletak hak pada nama perkongsian terhad
Labuan hendaklah dipegang atau disifatkan dipegang oleh pekongsi am, atau, jika lebih daripada seorang, oleh pekongsi-pekongsi am secara bersesama, sebagai suatu aset perkongsian terhad Labuan itu mengikut terma perjanjian perkongsian.
(4)
Sesuatu hutang atau obligasi yang ditanggung oleh pekongsi am dalam penjalanan aktiviti sesuatu perkongsian terhad Labuan hendaklah menjadi hutang atau obligasi perkongsian terhad Labuan itu.
(5)
Seseorang pekongsi am hendaklah pada bila-bila masa bertindak dengan suci hati demi kepentingan perkongsian terhad
Labuan.