Seksyen 17
Pemulangan sumbangan pekongsi terhad
of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010
Seseorang pekongsi terhad tidak boleh, pada masa pembubaran atau selainnya, menerima suatu pembayaran daripada modal sesuatu perkongsian terhad Labuan yang merupakan pemulangan mana-mana bahagian sumbangannya kepada perkongsian terhad Labuan itu melainkan jika pada masa dan sebaik selepas pembayaran itu dibuat perkongsian terhad Labuan itu adalah solven.
(2)
Selama tempoh enam bulan dari tarikh penerimaan oleh pekongsi terhad apa-apa pembayaran yang merupakan pemulangan sumbangan atau bahagian sumbangan yang diterima oleh pekongsi terhad itu dalam hal keadaan kehendak dalam subseksyen (1)
tidak dipenuhi, pembayaran itu hendaklah kena dibayar balik oleh pekongsi terhad itu dengan bunga pada kadar yang ditetapkan setakat yang sumbangan itu atau bahagian sumbangan itu perlu untuk menunaikan hutang atau obligasi perkongsian terhad Labuan yang ditanggung dalam tempoh yang sumbangan itu merupakan suatu aset perkongsian terhad Labuan itu.
(3)
Walau apa pun peruntukan seksyen ini, seseorang pekongsi terhad tidak bertanggungan untuk membayar balik apa-apa pembayaran yang merupakan pemulangan sumbangannya atau bahagian sumbangannya, kecuali—
(a)
sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2); atau
Perkongsian Terhad dan Perkongsian
Liabiliti Terhad Labuan 27
(b)
dalam hal fraud.
(4)
Tertakluk pada subseksyen (1) dan (2), pekongsi terhad boleh menuntut pembayaran yang merupakan pemulangan semua atau sebahagian daripada sumbangannya—
(a)
apabila perkongsian terhad Labuan itu dibubarkan;
(b)
pada masa yang dinyatakan dalam perjanjian perkongsian bagi pemulangannya; atau
(c)
selepas pekongsi terhad itu memberikan notis bertulis enam bulan kepada semua pekongsi lain jika tiada masa dinyatakan dalam perjanjian perkongsian itu sama ada bagi pemulangan sumbangan atau bagi pembubaran perkongsian terhad Labuan itu.
(5)
Seseorang pekongsi terhad hanya mempunyai, walau apa pun jenis sumbangannya, hak untuk menuntut dan menerima wang sebagai pemulangan sumbangannya, melainkan jika—
(a)
terdapat pernyataan yang berlawanan dalam perjanjian perkongsian; atau
(b)
semua pekongsi memberikan keizinan untuk memulangkan sumbangan itu dengan cara yang lain.
(6)
Dalam seksyen ini, “pembayaran” termasuklah pelepasan apa-apa obligasi yang membentuk sebahagian daripada sumbangan modal, dan apa-apa liabiliti untuk membuat pembayaran balik menurut subseksyen (2) hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.