Seksyen 22
Prosiding undang-undang dan penyampaian dokumen
of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini, prosiding undang-undang oleh atau terhadap sesuatu perkongsian terhad Labuan hanya boleh dimulakan oleh atau terhadap mana-mana satu pekongsi am atau lebih dan tiada pekongsi terhad boleh menjadi pihak kepada atau dinamakan dalam prosiding itu.
(2)
Seseorang pekongsi am atau, dengan kebenaran mahkamah, mana-mana orang lain hendaklah mempunyai hak untuk menyertai atau selainnya memulakan prosiding terhadap satu pekongsi terhad atau lebih yang mungkin bertanggungan kepada perkongsian terhad
Labuan menurut subseksyen 14(3), subseksyen 17(2), seksyen 18
atau subseksyen 19(3).
(3)
Seseorang pekongsi terhad boleh membawa suatu tindakan bagi pihak perkongsian terhad Labuan jika mana-mana satu pekongsi am atau lebih yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian telah, tanpa alasan yang munasabah, enggan memulakan prosiding itu.
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 707
(4)
Bagi maksud Akta ini, penyampaian dokumen ke atas pekongsi am berkenaan dengan sesuatu perkongsian terhad Labuan boleh dilakukan dengan meninggalkannya di, atau menghantarkannya melalui pos kepada, pejabat berdaftar perkongsian terhad Labuan itu.
(5)
Jika sesuatu dokumen atau notis telah disampaikan mengikut subseksyen (4), dokumen atau notis itu disifatkan telah disampaikan dengan sewajarnya ke atas perkongsian terhad Labuan itu.