Seksyen 15
Urusan oleh pekongsi terhad dengan perkongsian terhad Labuan
of Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2010
Seseorang pekongsi terhad boleh meminjamkan wang kepada, meminjam wang daripada dan membuat transaksi dengan, pekongsi am bagi pihak perkongsian terhad Labuan.
(2)
Kecuali jika pekongsi terhad juga merupakan seorang pekongsi am, seseorang pekongsi terhad yang mempunyai, berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan di bawah subseksyen (1), tuntutan terhadap aset perkongsian terhad Labuan hendaklah berperingkat sebagai pemiutang kepada perkongsian terhad Labuan berkenaan dengan tuntutan itu.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, tuntutan di bawah subseksyen (2)
tidaklah termasuk suatu tuntutan bagi pemulangan sumbangan modal.