Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian IX · Penguatkuasaan
115. Capaian kepada data berkomputer
Feedback & support(1)
Seorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penggeledahan di bawah seksyen 113 dan 114 hendaklah diberi capaian kepada data berkomputer sama ada disimpan dalam suatu komputer atau selainnya.
(2)
Bagi maksud seksyen ini, “capaian”—
(a)
termasuklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan data berkomputer itu difahami; dan
(b)
mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 2(2) dan (5) Akta Jenayah Komputer 1997
[Akta 563].