Skip to content

Seksyen 127

Kuasa menangkap

of Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

ActIn forceProvision 127 of 146
Seksyen 127
(1)

Seorang pegawai diberi kuasa atau pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang semunasabahnya dipercayai olehnya telah melakukan atau cuba melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

(2)

Seorang pegawai diberi kuasa yang membuat tangkapan di bawah subseksyen (1) hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu menyerahkan orang yang ditangkap sedemikian kepada pegawai polis yang paling hampir atau, jika tiada pegawai polis, membawa orang itu ke balai polis yang paling hampir, dan selepas itu orang itu hendaklah diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berhubung dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa seolah-olah dia ditangkap oleh seorang pegawai polis.