Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026Read it in English

Bahagian IX · Penguatkuasaan

124. Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan

Feedback & support
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada seorang pegawai diberi kuasa dalam penjalanan suatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini boleh digunakan sebagai keterangan.

(2)

Jika mana-mana saksi dipanggil bagi pendakwaan atau pembelaan, selain tertuduh, mahkamah hendaklah, atas permintaan tertuduh atau pendakwa, merujuk kepada mana-mana pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada pegawai diberi kuasa dalam penjalanan penyiasatan di bawah Akta ini dan boleh kemudian, jika difikirkan patut oleh mahkamah demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh diberi suatu salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu mengikut cara yang diperuntukkan oleh Akta Keterangan 1950 [Akta 56].

(3)

Jika tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa penjalanan suatu penyiasatan, pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan untuk menyokong pembelaannya semasa penjalanan perbicaraan.

(4)

Tiada apa jua dalam seksyen ini hendaklah disifatkan terpakai bagi apa-apa pernyataan yang dibuat dalam penjalanan perbarisan cam atau yang diliputi oleh seksyen 27 atau perenggan 32(1)(a), (i)

dan (j) Akta Keterangan 1950.

Undang-Undang Malaysia 92

(5)

Apabila mana-mana orang dipertuduh atas mana-mana kesalahan berhubung dengan—

(a)

pembuatan; atau

(b)

kandungan, mana-mana pernyataan yang dibuat olehnya kepada seorang pegawai diberi kuasa dalam penjalanan suatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes pendakwaan.

Report

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Kecualian dan Peralihan