Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian IX · Penguatkuasaan
122. Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes
Feedback & supportSeorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh melalui perintah bertulis menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang pada pendapat pegawai diberi kuasa itu mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian.
Jika mana-mana orang enggan atau tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian, pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan keengganan atau ketidakhadiran itu kepada seorang
Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu saman untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).