Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026Read it in English

Bahagian IX · Penguatkuasaan

121. Kuasa untuk menghendaki pengemukaan komputer, buku, akaun, dsb

Feedback & support

Seorang pegawai diberi kuasa hendaklah, bagi maksud pelaksanaan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan semua atau mana-mana yang berikut:

(a)

menghendaki pengemukaan mana-mana komputer, buku, akaun, data berkomputer atau dokumen lain yang disimpan oleh pengawal data atau mana-mana orang lain dan untuk memeriksa, meneliti dan memuat turun daripadanya, membuat salinannya atau mengambil cabutan daripadanya;

Undang-Undang Malaysia 90

(b)

menghendaki pengemukaan mana-mana dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana perbuatan atau kesalahan di bawah Akta ini;

(c)

membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk memastikan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.

Report

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Kecualian dan Peralihan