Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026Read it in English

Bahagian X · Pelbagai

129. Pemindahan data peribadi ke tempat di luar Malaysia

Feedback & support
(1)

(Dipotong oleh Akta A1727).

(2)

Seseorang pengawal data boleh memindahkan mana-mana data peribadi seorang subjek data ke mana-mana tempat di luar

Malaysia jika—

(a)

di tempat itu ada berkuat kuasa mana-mana undang-undang yang sebahagian besarnya serupa dengan Akta ini; atau

(b)

tempat itu memastikan suatu tahap perlindungan yang mencukupi berhubung dengan pemprosesan data peribadi yang sekurang-kurangnya setara dengan tahap perlindungan yang diberikan oleh Akta ini.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), seseorang pengawal data boleh memindahkan mana-mana data peribadi ke suatu tempat di luar

Malaysia jika—

(a)

subjek data telah memberikan persetujuannya terhadap pemindahan itu;

(b)

pemindahan itu perlu bagi pelaksanaan suatu kontrak antara subjek data dengan pengawal data itu;

(c)

pemindahan itu perlu bagi penyempurnaan atau pelaksanaan suatu kontrak antara pengawal data itu dengan suatu pihak ketiga yang—

(i)

dibuat atas permintaan subjek data itu; atau

(ii)

adalah untuk kepentingan subjek data;

Undang-Undang Malaysia 96

(d)

pemindahan itu adalah bagi maksud mana-mana prosiding undang-undang atau bagi maksud untuk mendapatkan nasihat undang-undang atau untuk mewujudkan, menjalankan atau mempertahankan hak di sisi undang-undang;

(e)

pengawal data itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa dalam segala hal keadaan mengenai hal itu—

(i)

pemindahan itu adalah bagi mengelakkan atau mengurangkan tindakan yang memudaratkan terhadap subjek data;

(ii)

adalah tidak praktikal untuk mendapatkan persetujuan subjek data secara bertulis mengenai pemindahan itu; dan

(iii)

jika adalah praktikal untuk mendapatkan persetujuan itu, subjek data itu akan memberikan persetujuannya;

(f)

pengawal data itu telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk memastikan bahawa data peribadi itu tidak akan diproses di tempat itu mengikut apa-apa cara yang, sekiranya tempat itu ialah Malaysia, akan menjadi suatu pelanggaran Akta ini; atau

(g)

pemindahan itu perlu untuk melindungi kepentingan vital subjek data.

(h)

(Dipotong oleh Akta A1727).

(4)

(Dipotong oleh Akta A1727).

(5)

Seseorang pengawal data yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(6)

Bagi maksud seksyen ini, “tindakan yang memudaratkan”, berhubung dengan seorang subjek data, ertinya apa-apa tindakan yang boleh membawa kesan yang memudaratkan terhadap hak, faedah, keistimewaan, obligasi atau kepentingan subjek data itu.

Perlindungan Data Peribadi 97

Report

Bahagian XI

Peruntukan Kecualian dan Peralihan