Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026Read it in English

Bahagian X · Pelbagai

136. Penyampaian notis atau dokumen lain

Feedback & support
(1)

Penyampaian sesuatu notis atau mana-mana dokumen lain kepada mana-mana orang hendaklah dilaksanakan—

(a)

dengan menghantar serah notis atau dokumen lain itu kepada orang itu;

(aa)

melalui cara elektronik;

(b)

dengan meninggalkan notis atau dokumen lain itu di alamat kediaman atau tempat perniagaan orang itu yang terakhir diketahui dalam suatu sampul yang ditujukan kepada orang itu; atau

(c)

dengan menghantarkan notis atau dokumen lain itu melalui pos dalam suatu surat berdaftar Akuan Terima yang ditujukan kepada orang itu di alamat kediamannya atau tempat perniagaannya yang terakhir diketahui.

(2)

Jika orang yang kepadanya telah ditujukan suatu surat berdaftar Akuan Terima yang mengandungi apa-apa notis atau dokumen lain yang boleh diberikan di bawah Akta ini diberitahu mengenai hakikat bahawa terdapat suatu surat berdaftar Akuan

Terima yang sedang menunggunya di pejabat pos, dan orang itu enggan atau abai untuk mengambil surat berdaftar Akuan

Terima itu, notis atau dokumen lain itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepadanya pada tarikh dia diberitahu sedemikian.

Report

Bahagian XI

Peruntukan Kecualian dan Peralihan