Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian X · Pelbagai
144. Pencegahan anomali
Feedback & support(1)
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, membuat apa-apa ubah suaian kepada peruntukan Akta ini yang nyata padanya adalah perlu atau suai manfaat bagi maksud menghapuskan apa-apa kesulitan atau mencegah apa-apa anomali akibat permulaan kuat kuasa Akta ini.
(2)
Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) selepas habis tempoh satu tahun dari tarikh yang ditetapkan.
(3)
Dalam seksyen ini, “ubah suaian” ertinya pindaan, tambahan, pemotongan dan penggantian mana-mana peruntukan Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 106