Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian X · Pelbagai
131. Pensubahatan dan cubaan boleh dihukum sebagai kesalahan
Feedback & supportSeseorang yang bersubahat dalam pelakuan atau yang cuba untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini adalah bersalah atas kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan atau sebagai pelanjutan kepada pelakuan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini adalah bersalah atas kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu:
Dengan syarat bahawa apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan tidak boleh melebihi setengah daripada tempoh maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Perlindungan Data Peribadi 99