Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian X · Pelbagai
141. Obligasi kerahsiaan
Feedback & supportKecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh
Menteri—
Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya, Penolong Pesuruhjaya, mana-mana pegawai atau pekhidmat Pesuruhjaya, mana-mana anggota Jawatankuasa Penasihat, mana-mana anggota, pegawai atau pekhidmat Tribunal Rayuan, mana-mana pegawai diberi kuasa atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Jawatankuasa Penasihat, sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau penggajiannya, tidak boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang diperoleh olehnya semasa menjalankan kewajipannya; dan
Undang-Undang Malaysia 104
tiada seorang lain yang telah melalui apa-apa cara mendapat akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Pesuruhjaya boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.