Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Petroleum (Langkah-Langkah
of Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984
Keselamatan) 1984 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh
(kemudian dari ini disebut “tarikh yang ditetapkan” dalam Akta ini)
yang akan ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam
Warta:
Dengan syarat bahawa Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam
Warta menentukan tarikh yang berlainan (kemudian dari ini disebut
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 302
“tarikh yang ditentukan”) bagi peruntukan yang berlainan atau mana-mana bahagian peruntukan Akta ini dan bagi kawasan atau tempat yang berlainan di Persekutuan, dan bagi maksud mana-mana peruntukan, kawasan atau tempat itu, apa-apa sebutan dalam mana-mana peruntukan Akta ini mengenai tarikh yang ditetapkan itu hendaklah diertikan sebagai sebutan mengenai tarikh yang ditentukan itu.