Seksyen 37
of Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984
Seksyen 37
Mana-mana orang atau pihak berkuasa yang diberi kuasa di bawah Akta ini boleh, dengan tertakluk pada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana orang atau pihak berkuasa itu fikirkan patut dikenakan, mewakilkan mana-mana dari kuasanya itu, kecuali kuasa-kuasa di bawah seksyen 4, 19, subseksyen 21(1), seksyen 44 dan 45, kepada mana-mana orang atau pihak berkuasa lain sebagaimana difikirkan patut dan wajar oleh orang atau pihak berkuasa yang mula-mula disebut di atas.
(2)
Mana-mana kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini boleh dibatalkan mengikut kehendak hati oleh orang atau pihak berkuasa yang memberikannya itu.
Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 35