Skip to content

Seksyen 32

of Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984

ActIn forceProvision 35 of 51

Seksyen 32

(1)

Walau apa pun pengisytiharan oleh Menteri di bawah seksyen 28, apa-apa kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur dan pepasangan yang sedia ada atau mana-mana bahagian daripadanya dalam mana-mana premis berlesen boleh dengan kelulusan Menteri terus digunakan bagi maksud itu dengan syarat bahawa Menteri berpuas hati penggunaan yang berterusan itu tidak mendatangkan bahaya kepada keselamatan nyawa atau harta.

(2)

Apa-apa permohonan bagi kelulusan yang disebut di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat secara bertulis kepada Menteri dalam masa sembilan puluh hari dari tarikh suatu perisytiharan di bawah seksyen 28 disiarkan dalam Warta berkenaan dengan kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur atau pepasangan tertentu itu atau mana-mana bahagian daripadanya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “premis berlesen” ertinya premis berlesen bagi menstor petroleum di bawah mana-mana undang-undang yang disebut di bawah seksyen 48.