Skip to content

Seksyen 16

of Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984

ActIn forceProvision 17 of 51

Seksyen 16

(1)

Adalah salah di sisi undang-undang bagi mana-mana orang mengusahakan apa-apa kerja talian paip yang akan dilaksanakan dalam atau atas tanah, atas permukaan atau di bawah air, di pantai atau di luar

Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 19

pantai kecuali di bawah kebenaran yang diberi oleh Menteri, atau selain di sepanjang laluan yang ditanda atas peta yang dilampirkan dengan kebenaran itu atau dalam sesuatu sempadan lencongan sisi daripada laluan itu sebagaimana ditetapkan dalam kebenaran itu, atau oleh seseorang selain orang yang dinamakan dalam kebenaran itu.

(2)

Menteri mempunyai kuasa untuk meluluskan atau menolak sesuatu permohonan untuk kebenaran kerja talian paip di bawah subseksyen (1).

(3)

(Dipotong oleh Akta A807).

(4)

Jika, selepas suatu kebenaran kerja talian paip diberi dan kerja yang dibenarkan sedemikian itu telah tidak dimulakan dengan secukupnya pada habis tempoh dua belas bulan dari tarikh kebenaran itu diberi atau pada habis tempoh apa-apa pelanjutan tempoh yang dibenarkan oleh Menteri, kebenaran itu tidak mempunyai apa-apa kuat kuasa, kecuali berkenaan dengan kerja yang telah dilaksanakan dahulu.