Skip to content

Seksyen 28

of Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984

ActIn forceProvision 31 of 51

Seksyen 28

(1)

(a) Walau apa pun peruntukan Akta ini, tetapi tertakluk pada seksyen 32, Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta mengisytiharkan bahawa mana-mana kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur dan pepasangan atau mana-mana bahagiannya yang digunakan atau dimaksud untuk digunakan berkaitan dengan penstoran, pengendalian, pengangkutan dan penggunaan petroleum tidak boleh digunakan atau dijual atau ditawar untuk dijual melainkan jika apa-apa kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur dan pepasangan atau mana-mana bahagiannya adalah daripada jenis yang diluluskan.

(b)

“Jenis yang diluluskan” ertinya apa-apa kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur dan pepasangan atau

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 302

mana-mana bahagiannya daripada reka bentuk dan spesifikasi yang serupa sebagaimana yang dinyatakan dalam senarai kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur dan pepasangan yang diisytiharkan oleh Menteri sebagai kelengkapan yang telah diuji dan didapati selamat dan sesuai bagi kegunaan tersebut dan sebagaimana diubah suai, diubah atau dipinda dari semasa ke semasa di bawah seksyen 29.

(2)

Bagi maksud memastikan pematuhan wajar seksyen ini, orang itu atau pihak berkuasa yang dinyatakan dalam perintah itu boleh menjalankan apa-apa ujian atau apa-apa cara penentusahan sebagaimana disifatkan perlu ke atas mana-mana kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur dan pepasangan atau mana-mana bahagiannya dalam mana-mana premis.

(3)

(a)

Selepas ujian atau penentusahan itu dijalankan di bawah subseksyen (2), suatu perakuan berkenaan dengan kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur dan pepasangan atau mana-mana bahagiannya termasuk reka bentuk dan spesifikasinya hendaklah dikeluarkan.

(b)

Suatu perakuan yang disebut di bawah perenggan (a) hendaklah menyatakan butir-butir mengenai ujian atau penentusahan yang dijalankan dan hendaklah termasuk keputusannya.