Skip to content

Seksyen 39

of Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984

ActIn forceProvision 42 of 51

Seksyen 39

Mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh mana-mana pihak berkuasa atau orang yang disebut di bawah seksyen 19 atau mana-mana Inspektor—

(a)

boleh mengambil sampel mana-mana petroleum daripada mana-mana peniaga di dalamnya atau daripada mana-mana orang yang menyimpan petroleum bagi maksud apa-apa perdagangan atau perindustrian, atau boleh setelah mengemukakan salinan pemberian kuasanya mengenai seseorang pegawai yang diberi kuasa oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa yang disebut di bawah seksyen 19, menghendaki peniaga itu atau orang lain menunjukkan kepadanya tiap-tiap tempat dan apa-apa bekas atau bejana di

Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 37

mana petroleum yang ada dalam miliknya disimpan dan untuk memberi kepadanya sampel petroleum itu apabila dibayar nilainya; dan

(b)

boleh menguji atau menyebabkan diuji di mana-mana tempat yang sesuai dan pada masa yang munasabah sebagaimana ditetapkannya apa-apa sampel yang diperolehnya sedemikian itu.