Seksyen 6
of Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984
ActIn forceProvision 6 of 51
Seksyen 6
(1)
Tiada apa-apa petroleum boleh dimuatkan atau dipunggah atau dilepaskan kecuali di suatu pelabuhan, atau di suatu tempat lain yang ditetapkan bagi maksud itu oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
(2)
Menteri boleh, berkenaan dengan mana-mana tempat yang ditetapkan olehnya di bawah subseksyen (1), melantik mana-mana orang sebagaimana yang difikirkannya patut untuk menjalankan kuasa dan menunaikan kewajipan dan fungsi pegawai pelabuhan sebagaimana yang dinyatakan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.