Skip to content

Seksyen 17

Kerja talian paip kecemasan

of Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984

ActIn forceProvision 18 of 51
Seksyen 17
(1)

Kerja-kerja talian paip yang dikehendaki untuk mengakhiri keadaan bahaya yang wujud atau untuk mencegah keadaan bahaya yang hampir berlaku kepada nyawa dan harta atau untuk mencegah gangguan yang serius terhadap penghantaran petroleum melalui talian paip boleh dilaksanakan tanpa kebenaran di bawah seksyen 16:

Dengan syarat bahawa Menteri diberitahu mengenai kerja itu dalam tempoh dua puluh empat jam dari permulaan kerja itu dan satu salinan peta yang menunjukkan laluan kerja-kerja talian paip dan butir-butir rekod kerja itu dikemukakan kepada Menteri dengan seberapa segera yang praktik.

(2)

Jika Menteri berpuas hati bahawa kerja talian paip yang dilaksanakan menurut seksyen ini tidak memenuhi langkah-langkah keselamatan dan piawaian yang boleh dikuatkuasakan di bawah Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya atau laluan yang diambil tidak mendatangkan faedah bagi keselamatan nyawa atau

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 302

harta, dia boleh menghendaki pembetulannya dalam tempoh masa sebagaimana dinyatakan olehnya secara bertulis.

Kesalahan berhubungan dengan kerja talian paip yang tidak dibenarkan