Seksyen 33
Pembetulan kelengkapan, dsb., dalam premis berlesen
of Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984
Apa-apa kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur dan pepasangan yang sedia ada atau mana-mana bahagiannya yang disebut di bawah seksyen 32, selain yang ditentukan selamat untuk terus digunakan dengan atau tanpa syarat di bawah seksyen yang sama, tidak boleh digunakan bagi apa-apa maksud melainkan jika dibetulkan mengikut peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan berhubungan dengan kemudahan itu.
Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 33
(2)
Pembetulan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat tidak lewat daripada tiga tahun dari tarikh suatu perisytiharan di bawah seksyen 28 disiarkan dalam Warta.
(b)
Menteri boleh menurut budi bicaranya membenarkan suatu lanjutan masa tidak lebih daripada dua tahun dari habis tempoh permulaan tiga tahun di bawah perenggan (a).
(c)
Suatu permohonan bagi apa-apa lanjutan masa yang disebut di bawah perenggan (b) hendaklah dibuat kepada Menteri tidak lewat daripada enam bulan sebelum habis tempoh permulaan tiga tahun itu.