Skip to content
In forceUpdated to 2 Feb 2022Read it in English

Bahagian II · Pengangkutan Petroleum Melalui Jalan Raya dan Keretapi

5. Pekerja hendaklah diberitahu mengenai peruntukan Akta dan peraturan-peraturan; kesalahan berkaitan

Feedback & support
(1)

Pemunya atau pengendali sesuatu kenderaan yang digunakan untuk menghantar petroleum melalui jalan raya hendaklah mengambil segala langkah yang perlu untuk memastikan bahawa mana-mana orang yang diambil kerja olehnya berkaitan dengan penghantaran petroleum dalam kenderaan itu tahu tentang peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya dan melaksanakan peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan itu.

(2)

Jika mana-mana orang melanggar mana-mana peruntukan dalam Bahagian ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan mengenai sesuatu kesalahan yang berterusan dia boleh didenda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap satu hari atau sebahagian daripada satu hari yang kesalahan itu berlaku atau berterusan selepas hari pertama yang berkenaan dengannya sabitan itu direkodkan:

Dengan syarat bahawa mengenai sesuatu pelanggaran mana-mana peruntukan Bahagian ini atau apa-apa kehendak mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Bahagian ini yang berhubungan dengan petroleum Kelas IA atau Kelas IB, mana-mana orang yang melakukan kesalahan itu boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit dan denda tambahan tidak melebihi dua ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada satu hari yang kesalahan itu berlaku atau berterusan selepas hari pertama yang berkenaan dengannya sabitan itu direkodkan.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 302

Report

Bahagian III

Pengangkutan Petroleum Melalui Air

Bahagian IV

Pengangkutan Petroleum Melalui Udara

Bahagian V

Pengangkutan Petroleum Melalui Talian Paip

Bahagian VI

Pengendalian dan Penstoran Petroleum

Bahagian VII

Penggunaan Kelengkapan, Alat, Bahan, Loji, Perkakas, Bangunan, Struktur dan Pepasangan

Bahagian VIII

Kelengkapan, Alat, Bahan, Loji, Perkakas, Bangunan, Struktur dan Pepasangan yang Sedia Ada

Bahagian IX

Kuasa Am bagi Pembetulan

Bahagian X

Liabiliti

Bahagian XI

Bahagian IV

Bahagian IV.

Schedules