Skip to content

Seksyen 71

Kehadiran Pendaftar dalam prosiding di hadapan Mahkamah

of Akta Petunjuk Geografi 2022

ActIn forceProvision 71 of 101
Seksyen 71
(1)

Dalam apa-apa prosiding undang-undang di hadapan

Mahkamah yang melibatkan suatu permohonan bagi pembatalan suatu petunjuk geografi berdaftar, Pendaftar hendaklah mempunyai hak untuk hadir dan didengar, dan hendaklah hadir jika diarahkan sedemikian oleh Mahkamah.

(2)

Melainkan jika diarahkan selainnya oleh Mahkamah,

Pendaftar, sebagai ganti hadir dan didengar, boleh mengemukakan kepada Mahkamah suatu pernyataan secara bertulis dan ditandatangani olehnya, memberikan butir-butir prosiding di hadapan Pendaftar berhubung dengan perkara yang menjadi isu atau alasan bagi apa-apa keputusan yang telah diberikan oleh Pendaftar yang menyentuh perkara yang sama atau amalan pejabat Pendaftar dalam kes yang serupa, atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan isu itu, dan dalam pengetahuannya sebagai Pendaftar, sebagaimana yang difikirkannya patut, dan pernyataan itu hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada keterangan dalam prosiding itu.