Skip to content
In forceUpdated to 16 Mar 2022Read it in English

Bahagian XI · Prosiding Undang-Undang di Mahkamah, Kos dan Keterangan

75. Salinan dokumen yang dimeterai menjadi keterangan

Feedback & support
(1)

Apa-apa salinan bercetak atau bertulis atau cabutan daripada Daftar yang berupa sebagai diperaku sebagai suatu salinan atau cabutan yang benar oleh Pendaftar dan ditandatangani oleh

Pendaftar dan dimeterai dengan meterainya, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah tanpa bukti lanjut atau pengemukaan yang asal.

(2)

Suatu perakuan pendaftaran petunjuk geografi hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah tanpa bukti lanjut atau pengemukaan yang asal.

(3)

Suatu perakuan yang berupa sebagai ditandatangani oleh

Pendaftar mengenai apa-apa perbuatan yang Pendaftar diberi kuasa untuk melakukan dan yang dia telah atau belum lakukan hendaklah menjadi keterangan prima facie dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah mengenai hal yang dia telah lakukan atau belum lakukan perbuatan itu.

Petunjuk Geografi 71

(4)

Tiada seorang pun dalam penggajian Perbadanan boleh dikehendaki untuk hadir ke mahkamah bagi maksud mengemukakan apa-apa dokumen yang berhubungan dengan suatu permohonan bagi pendaftaran petunjuk geografi atau suatu petunjuk geografi berdaftar yang boleh diperoleh di bawah peruntukan Akta ini.

(5)

Tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar, mana-mana orang boleh meminta apa-apa dokumen di bawah subseksyen (1) atau (3) dengan memfailkan suatu permintaan dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh

Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

Report

Bahagian XII

Perlindungan bagi Petunjuk Geografi

Bahagian XIII

Kecualian

Bahagian XIV

Pelbagai dan Am

Bahagian XV

Schedules