Seksyen 73
Perakuan kesahan
of Akta Petunjuk Geografi 2022
Dalam mana-mana prosiding undang-undang yang kesahan suatu petunjuk geografi berdaftar menjadi persoalan dan diputuskan dengan memihak kepada tuan punya berdaftar,
Mahkamah boleh memperaku sedemikian, dan jika Mahkamah memperaku sedemikian maka dalam mana-mana prosiding undang-undang yang kemudian yang dalamnya kesahan pendaftaran itu menjadi persoalan, tuan punya berdaftar itu apabila memperoleh suatu perintah atau penghakiman muktamad yang memihak kepadanya, hendaklah diawardkan kos, bayaran atau perbelanjaan
Undang-Undang Malaysia 70
Akta 836
penuh sebagaimana antara peguam cara dengan anak guamnya, melainkan jika dalam prosiding yang kemudian itu Mahkamah memperaku bahawa tuan punya berdaftar itu tidak boleh diawardkan kos, bayaran atau perbelanjaan penuh.
(2)
Apabila menerima perakuan itu daripada Mahkamah di bawah subseksyen (1), Pendaftar hendaklah merekodkan perakuan itu apabila diminta oleh tuan punya berdaftar dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.