Skip to content

Seksyen 76

Borang elektronik, dsb., yang diperaku oleh Pendaftar boleh diterima sebagai keterangan

of Akta Petunjuk Geografi 2022

ActIn forceProvision 76 of 101
Seksyen 76
(1)

Apa-apa borang, maklumat atau dokumen yang difailkan dengan Pendaftar atau dikeluarkan oleh Pendaftar, secara elektronik, hendaklah menjadi—

(a)

suatu salinan benar bagi borang, maklumat atau dokumen yang difailkan dengan Pendaftar sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta ini; dan

(b)

keterangan prima facie mengenai perkara yang dinyatakan dalam borang, maklumat atau dokumen itu.

(2)

Tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar, mana-mana orang boleh meminta apa-apa dokumen di bawah subseksyen (1) dengan memfailkan suatu permintaan dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.