Seksyen 80
Kecualian bagi kegagalan untuk mengambil tindakan
of Akta Petunjuk Geografi 2022
ActIn forceProvision 80 of 101
Seksyen 80
(1)
Tiada tindakan di bawah seksyen 77 boleh dibawa terhadap mana-mana orang bagi penggunaan suatu cap dagangan yang mengandungi atau terdiri daripada suatu petunjuk geografi selepas habis tempoh lima tahun—
(a)
dari tarikh penggunaan itu oleh orang itu atau pendulunya dalam hakmilik telah diketahui umum di Malaysia; atau
(b)
dari tarikh pendaftaran cap dagangan itu oleh orang itu di bawah Akta Cap Dagangan 2019, mengikut mana-mana yang lebih awal.
(2)
Subseksyen (1) tidak terpakai jika cap dagangan itu telah digunakan atau didaftarkan dengan niat jahat.